Pemasangan (Instalasi) mIRC dalam Bahasa Malayu.
Home

Latest News
Download mIRC
How to Install
Translations
Message Boards

Intro to IRC
IRC FAQ

Intro to mIRC
mIRC FAQ
Command List

How to Register

Mailing Lists
IRC Networks
Chat Links
More Info

mIRC ialah satu perisian Ingeris dan tiada versi yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia (Bahasa Malayu) buat masa ini. Walaubagaimanapun, penggunaan mIRC adalah tidak terlalu sukar untuk orang yang bertutur dalam bahasa lain, selain daripada Bahasa Ingeris. Kebanyakan butang, keistimewaan dan kegunaan adalah mudah dan menunjukkan arahan dan setting. Pemasangan (instalasi) mIRC dan penggunaan pertama IRC biasanya adalah yang pertama dan yang hanya penghalang. Sebab itu kenapa kami mahu menyelesaikannya dengan fail ini dan penterjemahannya.

Maklumat ini diterjemahkan oleh Ian Tam Yee Yung daripada fail asal yang ditulis oleh Tjerk Vonck yang boleh didapati di http://www.mirc.co.uk/english.txt. Sila ambil perhatian yang Tjerk tidak bertutur dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu). Pertanyaan tentang mIRC boleh dihantar kepada [email protected] dalam Bahasa ingeris sahaja. Untuk pertanyaan tentang mIRC dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu), sila hantar pertanyaan anda kepada Ian Tam Yee Yung di [email protected]

Apa itu IRC.

IRC (Internet Relay Chat) adalah satu tempat pertemuan alam maya dimana semua orang dari seluruh pelosok dunia boleh bertemu dan berbual dengan baik - taip. Sebagai pengguna anda menggunakan mIRC; satu perisian yang kecil dimana ianya disambungkan kepada salah satu server di Jaringan IRC (IRC network). Semua server adalah sambungan antara dan pertukaran khabar (berita) dari satu pengguna kepada satu pengguna di Jaringan IRC (IRC network). Anda boleh menyertai kumpulan diskusi (group discussions) di salah satu daripada beribu-ribu saluran IRC (IRC channels), di salah satu daripada beratus-ratus Jaringan IRC (IRC networks), atau cuma berbual secara peribadi dengan keluarga atau kawan, di serata dunia. Anda akan mendapati perbagai ragam manusia, hobi, idea-idea, dan isu-isu di IRC.

Apa itu mIRC.

Untuk menggunakan IRC anda perlukan satu perisian kecil seperti mIRC, satu perisian perkongsian (shareware) 'IRC client for Windows', yang dicipta oleh Khaled Mardam-Bey. mIRC ialah satu perisian mesra klien IRC (IRC client) yang disertakan dengan pilihan dan perkakasan. Anda boleh memuat turunkan mIRC secara percuma dari Laman Web mIRC Homepage di http://www.mirc.com/. Di dalam fail bantuan ini kami akan menolong anda untuk memuat turun, memasang (install) dan menggunakan mIRC.

Macam mana hendak menyertai IRC.

Jangan risau, kami akan membantu anda dengan muat turun perisian, pemasangan (Instalasi) dan persediaan (Setup) mIRC. Jika anda telah pergi sejauh ini, anda akan berupaya untuk mendapatkan dan menyediakan (setup)mIRC didalam komputer anda (PC), jika bukan hari ini, jadi esok! Cuma baca dan ikut arahan.....

Jika anda sesat, baca semula perenggan (paragraph) itu. Jika anda tidak bejaya, anda boleh memesongkan arahan dan baca maklumat lain diantara? Saya ingin mencadangkan anda pergi ke pengenalan IRC (IRC Intro) di http://www.mirc.com/ircintro.html. Selalu ingat laman web ini; di sana ada banyak bantuan dan maklumat yang boleh didapati tetapi -anda- perlu melakukan pembacaan.

Macam mana hendak memuat turunkan perisian mIRC.

mIRC dicipta dalam bentuk pemasangan (instalasi) secara automatik yang akan memasang (install) mIRC di dalam komputer anda (PC). Seperti kebanyakan perisisan atau program internet. Pertama anda perlu memastikan jenis mIRC yang akan anda gunakan. mIRC boleh didapati dalam jenis 16 bit dan 32 bit. Jenis 16 bit bermaksud untuk sistem operasi Operation System) yang lebih tua (16 bit) seperti Windows 3.1 atau 3.11. Jenis 32 bit bermaksud untuk sistem operasi (System Operation) 32 bit seperti Windows95, Windows98, Windows2000 atau NT.

Saya pasti anda sudah tahu jenis yang anda perlukan? Jenis dengan 16 bit dinamakan seperti mircxxs.exe. Nampak 's' disana? Ia membawa maksud 'sixteen'. 'Sixteen' bermaksud 'enam belas' dalam Bahasa Ingeris. Jenis 32 bit dinamakan seperti mircxxt.exe. 'T' bermaksud 'thirty-two'. 'Thirty-two' bermaksud 'tigapuluh dua'. sekarang anda sudah bersedia untuk memuat turunkan jenis perisian mIRC yang sesuai dari salah satu laman web mIRC. Mulakan laman web browser dan pergi ke http://www.mirc.com atau laman web yang serupa. Anda akan melihat pautan (link) ke salah satu muka surat memuat turunkan mIRC dalam bentuk alamat yang panjang. Tidak kira pautan (link) mana yang anda gunakan, ini tidak membawa masalah; semua perisian yang diberikan adalah sama! Ya, mestilah memuat turunkan perisian dari lokasi yang berhampiran akan menjadi lebih cepat. Simpan perisian yang telah anda pilih didalam cakera keras (Hard Disk)anda. Pilih satu direktori didalam cakera keras (hard Disk) dimana anda boleh mencarinya nanti. sabar, memuat turunkan mIRC cuma mengambil masa beberapa minit...

apa yang perlu dilakukan seterusnya ? pemasangan (Instalasi)!

Sekarang anda telah memuat turunkan perisian mIRC, anda bersedia untuk memasang (install)mIRC di dalam komputer (PC) anda. Adakah anda masih ingat nama fail yang telah anda muat turunkan? Carinya di dalam cakera keras (Hard Disk)anda. Selepas anda menjumpainya lakukan dwi-klik (double click) ke atasnya. Ini akan memulakan pemasagan (instalasi) mIRC. Perisian ini akan meminta anda membaca lesen pengguna, dan akan meminta untuk destinasi pelipatan (Destination folder); direktori di dalam cakera keras (hard Disk) dimana anda mahu mIRC dipasangkan. Biasanya direktori cadangan c:\mirc\ directory sudah memadai. Tekan 'OK' beberapa kali dan akhirnya butang 'pemasangan (install)' dan anda sudah habis! Pemasang akan menguruskan segala kerja pemasangan.

Sekarang memulakan mIRC untuk kali yang pertama.

Sekarang mIRC telah dipasang di dalam komputer (PC) anda dan bersedia untuk digunakan. Sebelum anda meneruskan penggunaan, sila pastikan anda mempunyai penyambungan talian internet telah diaktifkan. Hidupkan modem anda seperti yang biasa anda lakukan, ok? Sekarang cari butang (Icon) kecil untuk mIRC di sekitar Menu Mula (Start Menu) atau di Kumpulan Program mIRC (mIRC program group). Anda boleh klik butang (icon) ini untuk memulakan mIRC. mIRC akan mula untuk kali yang pertama dan Menu Pilihan (Options menu) akan kelihatan. Ia memerlukan anda untuk mengisi beberapa maklumat dasar (basic information). Untuk permulaan hanya Kekotak Sambungan Utama (main 'Connect' dialog) adalah penting. Ianya ialah perkara yang pertama di dalam senarai. Lupakan segala-gala pemilihan (options) yang mengacaukan. Isikan baris tentang Nama Penuh (Full name), Alamat Mel-E (E-mail address), Nama Samaran (Nickname) dan Nama Samaran Pilihan Kedua (Alternate);


  • Nama Penuh (Full name): Nama Betul Anda (Contoh, Ian Tam)
  • Alamat Mel-E (E-mail address): Alamat Mel-E anda (Contoh, [email protected])
  • Nama Samaran (Nickname): Mengandungi 1 hingga 9 huruf atau digit untuk digunakan di Sistem Perbualan (chat system) (Contoh, Kreet)
  • Pilihan Kedua (Alternate): Jika seseorang telah menggunakan nama samaran yang telah anda pilih untuk IRC, sebaliknya anda akan dikenali sebagai Nama Samaran Pilihan Kedua. (Contoh, Kreet2)

Anda boleh memilih Pelayan IRC (IRC server) yang lain jika anda mahu tetapi pilihan lalai (default) 'Random US DALnet server' cukup memuaskan untuk digunakan menyambung ke dalam Pelayan IRC (IRC server). Anda tidak *perlu* menggunakan Nama penuh anda yang betul dan alamat Mel-E (E-mail) jika anda tidak mahu dikenali. Oh, Boleh lihat kKkotak Tanda (Checkbox)kecil 'Cara Gaib' (Invisible mode)? Saya syorkan anda aktifkan memandangkan ianya melindungi anda daripada dilihat di Merata Pelayan Pencarian (Server-wide searches).

Sekarang semua sudah selesai, lakukan klik keatas butang 'Connect to IRC Server' yang besar dan andaakan pergi terus ke IRC. Tahniah! Dan yang paling bagus ialah; Lain kali anda tidak perlu melakukan semua kerja ini lagi :)

Apa yang sedang berlaku?

Ambil mudah dan lihat sekeliling... Banyak perkara sedang berlaku. mIRC (mengharapkan) membuat penyambungan ke beberapa Pelayan DALnet IRC (DALnet IRC server). Pelayan (server) ini menghantar beberapa meseg kepada anda tentangstatus sistem didalam 'Status' window. Juga Saluran mIRC (mIRC Channels) 'muncul' (popped) keatas. Lihat dengan teliti; ia menunjukkan pilihan paling popular di Saluran IRC (IRC Channels) didapati di seluruh dunia. Anda mungkin perlu mencuba mereka? Anda boleh melakukan Dwi-klik (Double Click)kepada mana-mana Saluran (Channel) yang disyorkan di dalam senarai.

apabila anda menyertai sesebuah Saluran (Channel), satu Tetingkap (Window) baru muncul di dalam skrin anda. Nama di sebelah ruangan kanan adalah nama orang yang telah berbual didalam Saluran (Channel) ini. Sebelah kanan- tetingkap (Window) dimana perbualan berlaku. Cuba kata 'Hi!' kepada semua orang didalam Saluran (Channel) ini, cuma taipkan teks anda didalam sebaris Kekotak (Box) dibahagian bawah Tetingkap Saluran (Channel's Window)... Bergembira dan berbual!

Untu meninggalkan sesebuah saluran, lakukan dwi-klik keatas kotak penutup (close box), yang terletak di sebelah penjuru atas-kiri tetingkap saluran.

Hey, ini menyeronokkan!

Yup ini menyeronokkan.. seperti yang anda lihat ianya tidak terlalu sukar untuk menggunakan IRC. Dan sekarang anda mencapai sejauh ini terdapat banyak maklumat yang perlu dipelopori! TSatu susunan saluran yang telah anda lihat adalah tidak lengkap. Terdapat beribu-ribu saluran di Jaringan IRC (IRC network). Anda boleh taip "/list_command/index.html" tanpa tanda " untuk melihat kesemuanya.

Maklumat: Didalam Menu perintah (Commands menu) - di sebelah atas skrin anda - semua perintah mIRC yang asas boleh dijumpai. Ini berguna jika anda tidak tahu apayang anda lakukan.

Anda boleh menyambungkan komputer anda ke Jaringan IRC (IRC networks) yang lain dengan mudah. Seperti yang telah anda lihat, di File/Options/Connect menu anda boleh memilih Jaringan IRC (IRC networks) yang lain dan Pelayan IRC (IRC servers) yang lain. Tekan butang 'Connect to IRC Server' yang besaruntuk menyambungkan komputer anda ke Jaringan yang lain. Cuba?

Jika nada ingin berjumpa kawan anda di IRC pastikan anda dan kawan anda menggunakan Jaringan IRC (IRC network) yang sama. Mengetahui saluran (Channel) dimana mereka akan bertemu tetapi bukan Jaringan (Network) adalah seperti mencari jalan utama tetapi tidak tahu hendak mencari di bandar mana.

Sekarang anda telah memasang mIRC, terpulang kepada anda untuk mendapat sedikit sebanyak pengalaman. pada kali pertama semuanya kelihatan memeningkan tetapi anda perlu belajar berada di tengah. Dan jangan lupa; terdapat orang yang mesra yang sentiasa bersedia dimana-mana untuk memberi bantuan... tanya mereka jika anda perlukan bantuan!

Anda boleh memutuskan penyambungan anda ke IRC dengan butang desebelah atas kiri di bar butang. Ianya kelihatan seperti alat penyambung. Sebelum memutuskan penyambungan saya syorkan anda mencuba butang-butang yang lain. Anda mungkin memerlukannya nanti.

Maklumat tambahan.

Untuk maklumat tambahan sila lihat alamat laman web dibawah:

Laman web rasmi mIRC
Laman Web mIRC dalam Bahasa Melayu

Laman web mIRC dalam Bahasa Melayu akan dilaksanakan pada penghujung bulan tahun 2000.

Juga lihat di Menu BANTUAN mIRC (mIRC's HELP menu). menu. Seperti yang anda lihat mIRC datang dengan dua fail bantuan yang penting; satu untuk mIRC dan satu lagi untuk IRC secara am. Fail terbaru -pengenalan IRC - Saya telah merujuknya sebelum inidan saya syorkan anda baca semua fail itu sama ada hari ini atau esok. Pengenalan IRC menjelaskan hampir kesemua penomena yang bakal anda lalui satu hari dan ianya mengenalkan andatabiat yang ganjil dan tabiat yang lucu tentang semua orang di IRC kepada anda!

Berjaya, dan banyak kegembiraan di IRC!


Versi asal Bahasa Inggeris oleh Tjerk Vonck - [email protected]
© Copyright 1995-2002 Tjerk Vonck & mIRC Co. Ltd.